Tuesday, May 5, 2009

Hidup Mesti Happy bah, tetapi jangan lupa pada...


R.I.P to my late 'mommy'. May God Blessed your soul.
Chubby mahu berkongsi mengenai email yang di 'forward' oleh adik Chubby yang berbaju biru di gambar sebelah itu..mungkin anda juga pernah menerima email tersebut daripada kenalan anda?
"RENUNGKANLAH"

Aku terlanggar seorang asing semasa berjalan, "Oh maafkan saya, saya tak perasan" Katanya
"Maafkan saya juga, Saya tak nampak saudara"
Kami amat bersopan dan saling menghormati,
Kami saling melambai sambil berlalu pergi,
Tetapi di rumah lain pula ceritanya...
Bagaimana kita melayan orang tersayang, tua dan muda?

Lewat petang, tika memasak makan malam,
Anak lelaki kecilku berdiri di dapur secara diam-diam,
Bila berpaling aku hampir melanggarnya jatuh, Jerkahku, "Jangan buat kacau di sini, pergi main jauh-jauh"
Dia berlalu pergi, hatinya hancur luluh dan beku, Aku tak sedar, bertapa kasarnya kata-kataku,

Sedangku berbaring di katil mendengar musik, Terdengar suara halus datang membisik,
"Bila bersama orang tak dikenali, kamu begitu bersopan dan merendah diri, Tetapi ahli keluarga tersayang, sering dimarah dan dicaci",
"Cubalah kau pergi lihat di lantai dapur, Kan kau temui bunga-bungaan berterabur", "Itu adalah bunga-bunga dibawa anak kecil itu untuk kamu, Dia memetiknya sendiri, kuning, biru dan unggu",
"Dia berdiri senyap agar jadi kejutan buat kamu, Kamu tak pernah sedar airmatanya juga turut mengalir terkilan atas kemarahan yang kamu lemparkan kepadanya",

Pada tika ini, aku merasa amat kecil sekali, Airmataku mencurah ibarat air di kali, Senyap-senyap ku kebiliknya, dan melutut di katil, "Bangunlah, anakku, bangunlah si kecil"
"Apakah bunga-bunga ini dipetik untuk mak? Dia tersenyum...
Katanya, "Adik terjumpanya belakang rumah di semak"
"Adik memetiknya kerana ia cantik seperti ibu, ibu tentu suka terutama yang unggu,

Lantas aku berkata, "Maafkan ibu, atas sikap ibu hari ini, Ibu tak harus menjerkah kamu, sebegini,
Katanya pula,"Oh, ibu, itu tak mengapa, Saya tetap sayang ibu melebihi segala,

Bisikku pula, "Anakku, ibu pun sayang kamu, dan ibu suka bunga itu, terutama yang unggu..mereka lantas berpelukan dengan penuh mesra sebagai anak dan ibu yang saling sayang-menyayangi antara satu sama lain.

FAMILY

Adakah kamu sedar, sekiranya kita mati hari ini, syarikat tempat kita berkerja akan senang-senang mendapat pengganti, dalam hanya beberapa hari? Tetapi keluarga yang kita tinggalkan, akan merasa kehilangan kita sepanjang hayat.

Dan sedarlah, sekiranya kita menghabiskan masa kita kepada kerja, Melebihi keluarga kita, adalah merupakan su atu pelaburan yang tidak bijak. Bukankah begitu?

Jadi apakah maksud yang tersirat?

Tahukah anda makna "FAMILY"?

FAMILY = (F)ATHER (A)ND (M)OTHER (I) (L)OVE (Y)OU

" HARGAILAH KELUARGA ANDA SELAGI KITA MASIH BERNAFAS "

***Maksudnya memberi pengajaran :

Betapa pentingnya FAMILI dalam hidup kita....
Jadi, hargailah FAMILI kita selagi kita masih hidup. Sebolehnya, jangan sesekali menjadikan salah seorang ahli dalam FAMILI kita itu 'MUSUH'...Jika ada yang bersengketa dengan ahli FAMILI anda, segera jernihkan keadaan.

Ini kerana jika mereka sudah dijemput oleh Tuhan ke dunia baru...tidak mustahil, kita sanggup menangis di hadapan jenazahnya akibat penyesalan kita yang tidak sempat memohon maaf daripadanya sewaktu dia masih ada...tetapi sewaktu dia masih hidup, kita MALU pula untuk berbaik-baik dengannya....betapa tingginya EGO kita sebagai manusia, kan?

--Chubby : Uuinaaa..Email ini membuatkan Chubby sukar tidur malam bah...aDoOoi...

Langkawi - KL - Negeri Di Bawah Bayu..

No comments:

Post a Comment