Monday, October 26, 2009

Good Bye my dear DADDY & MOMMY (R.I.P)

28.09.2009 - Bukan senang untuk menerima takdir yang Tuhan tentukan,tambahan pula kematian itu secara mengejut. Ianya terlalu menyakitkan!!!!!!! Tambahan pula hanya pada daddy tempat Chubby bermanja setelah mendiang mommy pergi pada 25.01.2004, ketika itu chubby masih bujang dan 2 adik masih kecil.

Bayangkan pula perasaan seorang anak yg berjumpa kali terakhir dgn daddy pada majlis perkahwinan Chubby Nov 2008...

Jarak diantara Langkawi dan Sabah terlalu jauh untuk Chubby dan keluarga beramah mesra. Selama hampir 4 tahun Chubby di Langkawi, hanya talian telefon menjadi penghubung diantara Chubby dan daddy. Tetapi inilah takdir....

Ketika hayat mendiang mommy, Chubby sentiasa ada di sisi menjaganya dan dia menghembuskan nafas terakhir di hadapan cHubby sekeluarga. Tetapi mendiang dady, menghembuskan nafas terakhir hanya di hadapan 2 adik lelaki chubby & keluarga. Chubby ketika itu sedang beratur untuk membeli tiket penerbangan pulang ke Sabah, hinggakan cHubby terjatuh ketika berpusu-pusu mendapatkan tiket kapal...

Chubby sebagai anak sulung mohon agar Tuhan berikan kekuatan kepada kami 3 beradik untuk melalui kehidupan sebagai anak yatim piatu dengan penuh kekuatan.

Usia muda menjadi anak yatim piatu bukan mudah. Tambah pula, adik bongsu hanya berusia 5 tahun ketika mommy pergi dan ketika daddy pergi, Ben-Ben berusia 11 tahun dan terpaksa belajar berdikari di usia yg terlalu muda...adik bongsu sgt manja dgn mendiang dan mereka seperti sepasang kekasih, ke mana sahaja sentiasa bersama...kesian Ben - Ben....

Mendiang adalah kawan baik Chubby
sangat periang dan jarang sekali marah pada anak-anak...
sgt penyanyang kpd anak-anak...
mengutamakan kebajikan anak-anak drpd diri sendiri....
yg paling menyedihkan..mendiang daddy dan mommy belum sempat melihat cucu pertamanya..adoi!!!!

Apapun, Chubby terima semua ini sebagai takdir..walaupun sakit dlm hati ini memakan masa untuk pulih.............

May God Bless & RIP to both of you the late Kimpilid Bukin & Juliana Chai Ying

Welcome to my BabyCarlene Micaela Michael

My little baby girl selamat dilahirkan secara pembedahan pada 29 Julai 2009. Anak yang sepatutnya melihat dunia pada 29.09.2009 telah dilahirkan sebagai bayi pra-matang, berat 1.4kg dan panjang 40cm. Gambarnya akan dimasukkan sebentar lagi..sabar bah.Tunggu, heheeee