Monday, October 26, 2009

Good Bye my dear DADDY & MOMMY (R.I.P)

28.09.2009 - Bukan senang untuk menerima takdir yang Tuhan tentukan,tambahan pula kematian itu secara mengejut. Ianya terlalu menyakitkan!!!!!!! Tambahan pula hanya pada daddy tempat Chubby bermanja setelah mendiang mommy pergi pada 25.01.2004, ketika itu chubby masih bujang dan 2 adik masih kecil.

Bayangkan pula perasaan seorang anak yg berjumpa kali terakhir dgn daddy pada majlis perkahwinan Chubby Nov 2008...

Jarak diantara Langkawi dan Sabah terlalu jauh untuk Chubby dan keluarga beramah mesra. Selama hampir 4 tahun Chubby di Langkawi, hanya talian telefon menjadi penghubung diantara Chubby dan daddy. Tetapi inilah takdir....

Ketika hayat mendiang mommy, Chubby sentiasa ada di sisi menjaganya dan dia menghembuskan nafas terakhir di hadapan cHubby sekeluarga. Tetapi mendiang dady, menghembuskan nafas terakhir hanya di hadapan 2 adik lelaki chubby & keluarga. Chubby ketika itu sedang beratur untuk membeli tiket penerbangan pulang ke Sabah, hinggakan cHubby terjatuh ketika berpusu-pusu mendapatkan tiket kapal...

Chubby sebagai anak sulung mohon agar Tuhan berikan kekuatan kepada kami 3 beradik untuk melalui kehidupan sebagai anak yatim piatu dengan penuh kekuatan.

Usia muda menjadi anak yatim piatu bukan mudah. Tambah pula, adik bongsu hanya berusia 5 tahun ketika mommy pergi dan ketika daddy pergi, Ben-Ben berusia 11 tahun dan terpaksa belajar berdikari di usia yg terlalu muda...adik bongsu sgt manja dgn mendiang dan mereka seperti sepasang kekasih, ke mana sahaja sentiasa bersama...kesian Ben - Ben....

Mendiang adalah kawan baik Chubby
sangat periang dan jarang sekali marah pada anak-anak...
sgt penyanyang kpd anak-anak...
mengutamakan kebajikan anak-anak drpd diri sendiri....
yg paling menyedihkan..mendiang daddy dan mommy belum sempat melihat cucu pertamanya..adoi!!!!

Apapun, Chubby terima semua ini sebagai takdir..walaupun sakit dlm hati ini memakan masa untuk pulih.............

May God Bless & RIP to both of you the late Kimpilid Bukin & Juliana Chai Ying

3 comments:

  1. sedih bila baca ur life, beginilah kita anak perantauan. Sy pon sudah sedaya upaya untuk minta transfer balik sabah. Orang bilang biar hujan emas di tempat orang hujan batu tpt sendiri...100x bagus tpt sendiri. Buat masa ni kita sabar dulu lah yek.

    ReplyDelete
  2. cant believe it.. kesian si ben ben... sad to hear.
    tabah kan hati ya :)

    ReplyDelete
  3. Sabar lah BB mau buat macam mana takdir Tuhankan... R.I.P to your parents. Kakak tau yang mummy mu tiada pasal masa tu kita masih rapat dan kak masih ingat kamu pakai no. HP dia sebagai kenangan. Tapi selepas kamu tempah nama yang DJ Impian tu, hubungan kita terputus begitu saja dan kakak tidak tahu sudah perkembangan kamu bagaimana. Bila tengok FB, baru kakak tau yang kamu sudah kerja di RTM, sudah kahwin dan punyai baby dah. Tahniah. Tak kisahlah kamu ingat kakak kah tidak, yang penting kamu bahagia untuk selama-lamanya

    ReplyDelete